Tuesday 6 March 2012

terkejut

assalamualaikum smua.... 
hurmmm hari nie agak mengecewekan cket,
sebab tibe2 sampai mesej dari ustaz y asgnmnt kene ata ba'da ghodan @luse.
 adesssss....xwat pape pun lg... tertekan yg amat nie.


huh... tp,,kadang2 kalau nak difikir kan smule,
 smue salah ana jgk, sbb kerje y diberi tu dh lame dh,
 cume xbuat je lg. memang,klau nk ikut pengalaman lampau,
asgnmnt nie kene pakse baru boleh siap.
 kalau x..mmg jadi camnke lhaaa...haduii.. (x.x)... 
terpakse buat qiam'asgnmnt' tiap2 hari..


so, the khulasotul qoul nye ialah,,
jangan buat keje last2 minute. naye nanti~ huhuhu :P
stakat tu aje lha luahan hati pade hari ini, sbb masih lagi baru dalam bidang penulisan nie.
payah jugak yek nak dapat idea nk tulis dlm blog nie?
sbb wall tmpt nk tulis nie tlalu amatlah kosong..putih mlepak je.
ape pown ta bole nk tulis apee~ *,*


btw,...harap nye dapat siap kan dgn scepat y mungkin lha...markah tinggi tuuu
kat KIAS nie diea kire markah dalam kelas lebih tinggi lagi dari markah prekse,
dalam exam cume 40% je.
pastu kehadiran dsbg nye 60%
banyak tuu...




xpe lha..dh larut malam baru tringat nak tulis..
ape laa... ngantuk sapa :O


oke lh, secebis mutiara kata untuk hari ini~




Even the saddest of times can make one's life richer.
"I'm so sorry for you, your lives have been so easy. You can't play great music unless your heart's been broken." - Cellist Gaspar


*pengalaman mengajar apa itu kehidupan, dan membuatkan kita bertambah tabah menghadapi pelbagai rintangan


Friday 27 January 2012

Apabila kesepian mula melanda.
Kebosanan berkunjung tiba
kesengalan mula mengilagila
mula menulis ikut sukasuka

ketiduran ku td mnyebabkan ku tersalah kepala.(sakit nya!)
menjadikan hari y dilalui sgt menyiksa jiwa
xdpt berpaling seenak rasa
ubat mula menunjukkan muka.
Malangnya tiada satu pun yg dpt mengubat jiwa.

Terbit di hati untk berzikir kpd y ESA.
Membaca ayat2 suci dr kitabNYA
Barulah hati tenang semula
hati y kosong terisi semula.

Bagai balang penuh dgn permata.
Hidup bahagia sentiasa.
rupanya ALLAH suruh ingatkan DIA

Ttp jauh disuatu sudut hati berkata
mengapa msih ada kekosongan dijiwa?
Apakah y menyebabkannya?

ku tercari cari mana silapnya.
Rupanya pasangan hati masih belum ada.
tercari cari siapakah penyempurnanya
pengisi kekosongan hati  dijiwa.

Teringat kata2 pujangga
hati manusia mmg sngja dicipta sebegitu rupa.
Sengaja ditinggalkan kosong separuh sahaja
supaya hati y lain dpt mengisinya

tempat y dikhaskan untuk siDia
untuk bertahta dihati sebagai penghias dunia
itulah kuasa seorang wanita
tanpa wanita,hidup lelaki jd xberwarna.

selain berharap pd y ESA
spy jodoh ku dipertemukan serta merta
kerana ku cemburu melihat org lain bersuka ria
bersama teman y tercinta

ku juga berdoa agar jodoh ini kekal hingga ke syurga
krn ssghnya nikmat syurga xterkata hebat nya
alangkah indahnya apabila
malaikat melihatku seraya berkata

Assalamualaikum,wahai penduduk syurga.
Pilihlah mana2 pintu y kamu suka
supaya dpt kamu bersenang lenang didalamnya
bersama istri dan bidadari syurga.

Y bidadari itu mata nya berkaca bak permata.
Bersinar cahayanya menerangi seluruh semesta
ya ALLAH,aku mahukannya
sungguh,tdak terkata ayatnya.

Berikanlah ku petunjuk dan hidayahNYA
agar dpt ku kecapi segalanya
wlwpn ushaku ini tidak lah seberapa
krn aku juga insan y lemah dimataNYA

iman ku bertambah dan berkurang sentiasa
harapan ku agar dimakbulkan jua
doa hamba mu y hina ini disuatu masa



p/s
jgn paksa allah tunaikan apa y kita minta,
allah maha mengetahui segalanya.
Mungkin allah tidak menunaikan hajat kita skrg krn tidak sesuai dgn masanya.
Atau allah ingin menguji kita
sejauh mana keinginan kita untuk mendapatkannya.
Kdg2 kita mndapat lain dr apa y kita harapkan.
LA TAHZAN
ALLAH xmemberi apa y kita harap kan.
Tp apa y kita perlukan.
ALLAH maha mengetahui :)

Thursday 26 January 2012

LAw KaaNa BainaNA

Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? TerSEdar Que DAri lamunan.... Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?
"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
HASSAN AL-BASRI

Wednesday 25 January 2012

Sebelum tiba masanya~


Ya ALLAH, jangan izin kan aku jatuh cinta seandainya masa belum tiba~
krn pernah mata ini Diuji manisnya senyuman seorg hamba
lalu timbul rasa utk menyubur harapan pd nya..

dan ketika itu jua Terlontar aku ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkatnya perjalanan
TeRsEdAr qUe DaRI LAmUnaN...

Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian ku yang selama ini disimpan
Aku xmahu terbuai keasyikan...

Risau akan keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna...

Sebenarnya Bukanlah mudah bagi ku
Untuk Bernafas dalam jiwa hamba
Dan telah beribu kali ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Krn tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum akan kelekaan ku

Moga dalam Setiap pengorbanan ku ini
disuluh cahaya redha-Nya
insyaALLAH

Dalam diari Mukmin, ada sekuntum bunga dan seutas tasbih..
"Diari Mukmin ialah Quran ayat-ayat Cinta dari Pencinta..
Sekuntum bunga itu adalah 'akhlak'nya seindah dan seharum kasturi..
Tasbih pula adalah dihadiahkan kpd yang ia Cinta..
Supaya ia sentiasa rindu padaNya..